Khamis, 25 Jun 2009

PENDIDIKAN SEKS ANAK-ANAK MENGIKUT KACAMATA ISLAM

Maksud sebenar pendidikan seks disini iaitu mengajar anak-anak bagaimana untuk menjaga dan mengawal setelah mereka meningkat seawal mumaiyyiz yang mana berkaitan dengan kejantinaan iaitu perhubungan lelaki dengan perempuan,perasaan yang lahir di kedua-dua sampai kealam perkahwinan.Dengan pemahaman yang diberi itu sehingga anak-anak meningkat dewasa dan mereka memahami tentang kehidupan dan melakukan apa yang dihalalkan oleh syariat.Selain itu mengajar mereka perkara-perkara yang tidak dibenarkan didalam islam.

Mari kita melihat konsep pendidikan seksual yang mana ia patut diambil perhatian khususnya dikalangan ibubapa dan guru.Kita lihat beberapa peringkat yang perlu dilalui:

A) Umur (7-10) tahun yang dinamakan umur mumayyiz yang mengajar anak-anak bagaimana beradab terhadap ibu bapa,guru dan orang yang lebih tua diantaranya adab meminta izin dan menjaga pandangan.
B) Umur (10-14) tahun anak dah semakin membesar maka ibu bapa perlu mengasingkan tempat tidur mereka lelaki dan perempuan.
C) Umur (14-16) tahun yang dinamakan umur baligh serta mempunya perasaan kepada berlawanan jenis dan perlu bagi anak-anak memberitahu kepada ibu bapa sekiranya berkeinginan untuk berkahwin.
D) Umur melepasi baligh yang mana perlu menjaga maruah dan kehormatan sekiranya mereka masih belum mampu untuk berkahwin.
E) Yang terakhir sekali adakah boleh kita menjelaskan kepada anak-anak tentang seks seawal mereka mumaiyyiz?


Nah sekarang tanggungjawab adalah terletak dipundak anda bagaimana hendak mendidik mengikut peringkat-peringkat tadi bagaimana untuk kita memberikan penerangan kepada anak-anak kita.Memang tidak dapat dinafikan bahawa agama islam tidak sesekali mengabaikan beberapa sudut khususnya berkaitan dengan dengan pendidikan kerana ia merupakan perkara yang sangat penting selaras dengan apa yang di perintahkan Allah kepada kita.

PERTAMA:
Meminta keizinan
Didalam Alquran Allah ada menyebut berkenaan adab meminta izin yang sewajarnya ibubapa mendidik anak-anak mereka seawal mumaiyyiz sebagai pendidikan awal bagi mereka.Allah berfirman didalam surah An-Nuur

Maksudnya:
58. Hai orang-orang yang beriman, hendaklah budak-budak (lelaki dan wanita) yang kamu miliki, dan orang-orang yang belum balig di antara kamu, meminta izin kepada kamu tiga kali (dalam satu hari) yaitu: sebelum sembahyang subuh, ketika kamu menanggalkan Pakaian (luar)mu di tengah hari dan sesudah sembahyang Isya'. (Itulah) tiga 'aurat bagi kamu[1047]. tidak ada dosa atasmu dan tidak (pula) atas mereka selain dari (tiga waktu) itu[1048]. mereka melayani kamu, sebahagian kamu (ada keperluan) kepada sebahagian (yang lain). Demikianlah Allah menjelaskan ayat-ayat bagi kamu. dan Allah Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana.
59. Dan apabila anak-anakmu Telah sampai umur balig, Maka hendaklah mereka meminta izin, seperti orang-orang yang sebelum mereka meminta izin[1049]. Demikianlah Allah menjelaskan ayat-ayat-Nya. dan Allah Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Dalam ayat ini Allah memberikan panduan kepada ibu bapa sebagai pendidik bagi anak-anak seawal sebelum akil baliq.Bagaimana disebut adab ana-anak meminta izin kepada ibu bapa berkaitan dengan muamalat di rumah.

Dalam konteks meminta izin telah dibahagikan kepada tiga keadaan

A) Hal pertama:waktu sebelum solat subuh pada ketika itu ibu bapa masih berada dalam keadaan tidur diatas katil.
B) Hal kedua:waktu selepas solat kerana waktu itu mereka akan menukar pakaian ketika didalam bilik.
C) Hal ketiga:waktu selepas solat isyak kerana waktu itu adalah untuk tidur dan beristirehat.



Ibubapa perlulah mengajar anak-anak mereka meminta izin sekiranya ingin masuk kedalam kamar seumpama dengannya oleh kerana itu mereka tidak terperanjat apabila kehadiran salah seorang ahli keluarga apabila mereka berada didalam keadaan yang “mencurigakan” .Dengan peringatan ini maka ibu bapa pasti dapat membendung anak-anak mereka sehingga mereka akil baligh.Apakah akan terjadi sekiranya anak masuk kedalam bilik ibubapanya dalam masa yang sama mereka berdua sedang bejimak lalu anak tadi menceritakan kepada kawan-kawan sebayanya.Hal sedemikian akan menyebabkan rosaknya akhlak anak-anak disebebkan ibubapa yang tidak mengambil berat tentang perkara ini.

Islam sangat menekankan pendidikan awal bagi anak-anak agar mereka akan mempelajari apa itu malu yang merupakan sifat yang terpuji mengikut kehendak islam lebih-lebih lagi masyarakt sekarang rata-rata sudah tidak ada perasaan malu untuk mendedahkan aurat dengan ini akan menyebabkan terhakisnya sedikit demi sedikit perasaan malu yang boleh menjerumuskan kelembah maksiat.

Justeru itu selaku ibubapa perlulah menjadikan ajaran islam ini sebagai panduan utama untuk mendidik anak-anak agar generasi yang lahir menjadi generasi yang bercorak alquran.

Rabu, 24 Jun 2009

Kebaikan mu’jizat yang ada dalam bulan REJAB.

Alhamdulilah bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan nikmat yang dikurniakan dapat kita sama meneruskan perjuangan membangun bersama islam.Kedatangan bulan rejab sebagai anugerah yang sangat berharga buat kita selaku pendokong agama Allah dengan megharapkan keberkatan yang melimpah bersama amalan yang kita lakukan.

Pada 24 Jun 2009 (Rabu) kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let's overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu. Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:"

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari iaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa 8 hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Israk Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril a.s. "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?" Maka berkata Jibril a.s. "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini."

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."

Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"

Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat kerana ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."

p/s: Rebutlah 5 perkara sebelum dtg 5 perkara

1.. Waktu Muda sblm Tua
2. Waktu Sihat sblm Sakit
3. Waktu Lapang sblm Sibuk
4. Waktu Kaya sblm Miskin
5. Waktu Hidup sblm Mati

InsyaAllah.. mudah-mudahan Allah SWT memberkati segala amalan baik kita.

Jumaat, 15 Mei 2009

Guruku jasamu begitu besar..

Assalamualaikum warahmatullah..

Guruku yang sejati ibarat ibu dan ayah
menyayangi dan disayangi
Guruku yang berbudi kupohon ampun dan maaf
Diatas setiap kesilapan.

Selamat hari guru-guru.
Doakan kami diperantauan berjaya dengan cemerlang.

Khamis, 9 April 2009

Ikatan suci

Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi dengan kasih dan sayangnya Allah SWT masih memberikan nikmat ukhwah Islamiyah yang bertaut di hati-hati para pendokong gerakan Islam sepanjang zaman.Dengan kekuatan ukhuwah yang terjalin maka permasaalahan yang rumit dipermudahkan dan diselesaikan dengan sebaiknya.

Kekuatan ikatan ukhuwah yang terbina ini maka ia menjadi salah satu senjata yang ampuh dan sukar dirobek oleh pihak musuh yang sekian lama menaruh dendam dan dengki kepada gerakan Islam.Marilah sama-sama kita hayati beberapa bait do'a rabithah yang telah diterjemahkan mudah-mudahan ianya terus tersemat di sanubari kita selaku pendokong Islam.

Sesungguhnya Engkau tahu
Bahawa hati ini telah berpadu
Berhimpun dalam naugan cinta-Mu
Bertemua dalam keta'atan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syari'at dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya
Terangilah dengan cahaya-Mu
Yang tiada taranya
Ya Rabbi bimbinglah kami

Lapangkanlah dada kami
Dengan kurniaan iman
Dan indahnya tawakkal pada-Mu
Hidupkan dengan makrifat-Mu
Matikan kami dalam syahid dijalan-Mu
Engkaulah pelindung dan pembela

Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya
Terangilah dengan cahaya-Mu
Yang tiada taranya
Ya Rabbi bimbinglah kami



Selasa, 7 April 2009

Nikmat yang telah tertera.

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين وبه نستعين ولا عدوان الا على الظالمين

Syukur dan sujud kepada ilahi dengan limpah dan kasih sayangNya kita masih lagi diberikan kekuatan untuk sama-sama melibatkan diri dalam perjuangan demi mempertahankan kesucian Islam yang amat kita sayangi.Selawat serta salam buat junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W yang banyak meninggalkan pusaka kepada kita yang sewajibnya kita jaga agar tidak sewenang-wenangnya kita menjual atau melepaskan pusaka yang sangat berharga ini iaitu agama kita yang suci.

Terlebih dahulu kesyukuran sekali lagi yang tidak terhingga diatas kemenangan kita yang yang selama ini kita perjuangkan walaupun tidak menang secara keseluruhan,namun cukuplah itu sahaja yang kita mampu dan itu adalah langkah yang telah diaturkanNya.Kemenangan di kedua-dua bukit sangat membuktikan bahawa rakyat betul tidak teringin lagi dengan kepimpinan Umno/Bn sepertimana yang berlaku sebelum ini pihak Umno/Bn menyatakan kekalah mereka pada 5 buah negeri pada pru12 adalah disebabkan protes rakyat terhadap kepimpinan akan tetapi setelah kita lalui beberapa Pilihanraya Kecil seperti di Kuala Terengganu,dan Permatang Pauh, jelaslah membuktikan betapa meluatnya rakyat untuk memilih Umno/Bn memerintah walaupun telah banyak pihak media seolah-olah kekeringan isu yang dimainkan.Apa yang kita nampak isu-isu tersebut terkena sendiri diatas batang hidung mereka.

Rakyat sudah semakin bijak dan tidak lagi terpengaruh dengan media-media murahan bn yang cuba hendak memperbdohkan rakyat.Nampaknya keadaan Umno/Bn sekarang sudah semakin tenat dan hanya menanti masa hendak rebah.Kemasukan semula Tun Mahathir kedalam Umno seolah-olah beliau cuba nk menambahkan lagi ketenatan Umno/Bn dan keadaan ini akan menjadi semakin teruk dan parah.Dengan peluang yang ada ini pakatan rakyat cuba untuk menegmbalikan keadilan setelah sekian lama dinodai oleh Tangan-tangn umno/bn yang tercemar.

Justeru itu setelah kemenangan yang kita perolehi bersama-sama kita jaga dan pertahankan dengan sebaik mungkin semoga bertambah lagi kekuatan yang mana pakatan boleh memerintah Malaysia kelak InsyaAllah.Apa yang kita harapkan agar kita tidak lupa diri setelah mana mengecap kemenangan dan juga kenikmatan yang dianugerahkan Allah kepada kita.Berjuang dan terus berjuang..Takbir!! Allahuakbar!!

Sekian.

Isnin, 30 Mac 2009

Pemimpin keluaran madrasatunnabi


Assalamualaikum warahmatullah.

Terlebih dahulu dipanjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi yang memberikan nikmat iman dan islam kepada kita selaku umat akhir zaman,Selawat dan salam keatas junjungan besar dan juga Guru segala guru iaitu Nabi Muhammad S.A.W,ahli keluarga serta para sahabat baginda seluruhya.

Kelmarin saya ada membaca sebuah akhbar yang pro-kerajaan yang mana menyatakan bahawa dato seri Mohd Nizar telah melakukan kekacauan didalam majlis yang dianjurkan umno.Disebut lagi mengatakan bahawa Ds Nizar cuba berpolitik didalam masjid yang pada ketika itu terdapat naib peresiden UMNO,Tan Sri Muhiyyidin Yassin serta Dr Zamry yang berlagak sebagai menteri besar Perak juga beberapa pembesar-pembesar UMNO yang lain.Kejadian berlaku pertengahan magrib dan isyak.Mari kita sama-sama membaca kenyataan Ds Nizar terhadap apa yang berlaku:

Hari penamaan calun PRK P059 Bkt Gantang bejalan lancar dengan sedikit huru hara sewaktu saya dan isteri bersama-sama pimpinan PAS lain memasuki pintu pagar dewan perbanadaran Taiping jam 8.45pagi.

Namun sewaktu pergi menunaikan solat maghrib di Masjid Simpang, saya diminta oleh imam Tuan Hj Hisham untuk mengimamkan solat tersebut dan saya bersetuju. Sewaktu masuk kemasjid saya diberitahu Tan Sri Muhyidin Yasin, Timb Presiden UMNO, dato Zambry Kader , calun Ismail Saffian dan ramai lagi pimpinan UMNO pusat dan negeri juga ada bersama. Pimpinan UMNO berada disaf pertama.

Pada rakaat pertama saya telah membaca ayat "wa'tasimu bihablillahi jamiian, walaa tafarraqu.... " dan rakaat kedua surah Al-kaafirun.

Selepas solat saya membaca doa termasuk doa Qunut Nazilah yang turut diaminkan oleh semua ma'mum termasuk pimpinan tinggi UMNO.

UMNO menganjurkan solat hajat dipimpin oleh seorang imam impot, Hj Jama'iy namanya. Habis solat, imam Hj Hashim bangun dan berucap dihadapan dgn menyebut nama pimpinan UMNO Tan Sri Muhyiddin dan Dato' Zambry. Nama saya juga disebut dan diraikan.
Imam telah mengundang saya menyampaikan tazkirah dengan memberi Tafsir ayat Quran yang saya baca pada rakaat pertama solat maghrib sebentar tadi.

Namun beberapa pimpinan UMNO setempat telah protes termasuk penasihat masjid (pakai songkok tinggi) yang menghalang dan mengarah supaya terus adakan majlis baca yaasin, berlaku sedikit komosi (commotion). Saya mengelak bagi memelihara suasana.

Habis baca yaasin saya pergi bersalam dengan Dato Zambry dan dia nampak berang dan menyatakan kepada saya , kenapa menggunakan masjid berpolitik dan tak sepatut saya jadi imam tadi. katanya lagi dengan nada kuat dan marah, "jika mahu jadi imam saya bolih jadi imam, jika nak tafsir saya bolih tafsir". Saya tersenyum dan relaks sahaja dan terus meninggalkan majlis untuk acara lain . Hujan sungguh lebat ketika itu. Semua makmum melihat dan menyaksikan adegan kelakar dan "ajaib" tersebut dan ramai makmum mengiringi saya sewaktu meninggalkan masjid. Sekadar makluman! Doakan PR menang besar di P059 Bkt Gantang.

Apa yang kita lihat kejadian yang berlaku ini adalah perancngan dari Allah dan atas kehendakNya juga hidayah diberikan.Kita berharap agar mereka yang masih berpendirian menganut UMNO/BN supaya kembali kepada cara apa yang telah diajar oleh nabi kita merupakan contoh yang patut diikuti.Tidak sedikitpun rugi kita mencontohi akhlak Rasul dan mengamalkan ajarannya lebih-lebih lagi dalam proses dakwah yang memerlukan kekuatan mental dan fizikal yang ampuh untuk melawan bagi mereka yang cuba hendak bermusuh dengan Islam.

Diharap kepada pembaca sekalian agar berfikiran lebih matang dan terbuka dalam mengadili sesuatu perkara tanpa mengikut hawa nafsu syaitan yang meraja dihati.Eloklah kita membuat perubahan kepada yang lebih baik demi Islam yang kita junjung selama ini.Takbir!!

wassalam

kempen,skill dan dakwah


Bismillahirrahmanirrahim...

Alahmdulillah dipanjatkan kesyukurn kehadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya Allah ta'ala masih memberikan ruang dan waktu untuk saya meluangkan masa menulis setelah sekian lama tidak kemaskini blog ini kerana kesibukan menghadapi peperiksaan yang telah berlalu.Namun saya berasa terpanggil untuk memberikan serba sedikit pandangan dan pendapat tentang beberapa isu yang sepatutnya bagi kita sebagai mahasiswa mengambil perhatian dan cuba melontarkan pandangan yang dapat membina jatidiri dan juga berfaedah untuk pembaca lain.

Pilihanraya merupakan salah satu cara kebebasan rakyat untuk memilih pemimpin yang mereka kehendaki,terserahlah kepada bakal pemimpin bagaimana untuk memastikan agar rakyat tertarik atau cenderung dengan potensi dan kelebihan yang ada pada pemimpin tersebuat.Ada dikalangan rakyat yang mahukan pemimpin mereka yang kuat beragama yang mana boleh membentuk dan mengawal rakyat mengikut kehendak alquran dan as-sunah.Adakalanya juga kedapatan rakyat yang hanya memandang terhadap pembangunan yang diimpikan mereka tambahan pula ada yang cuba memberi sogokan kepada rakyat agar dapat memenangi pilihanraya.

Pelbagai kaedah dan cara yang dimainkan bagi mendapat kemenangan dan dengan kemenagan itu akan melaksanakan manifesto yang telah direncanakan.Secara logiknya sebagi manusia yang mempunya nafsu sudah pasti akan memilih kepada janji yang berbentuk material.Akan tetapi terdapat juga yang tidak mementingkan material bahkan sangat mementingkan perlaksanaan undang-undang islam berjalan.Mereka tidaklah termakan dengan janji-janji yang hanya dibibir saja.
Apa yang saya hendak kongsi dengan pembaca sekalian bagimana cara untuk menempa kejayaan didalam pilihan raya.Dalam permainan bolasepak,disetiap pemaian ada posisi masing-masing dan skill yang tersendiri.Sudah pasti ada perbezaan diantara mereka yang berada didalam pasukan tersebut.Dengan strickernya,stopper dan defend mereka ini sangat berperanan bagi memastikan corak permainan mereka berjalan dengan baik dan memperoleh kemenangan dengan cemerlang.Begitu juga dengan pilihanraya yg dilakukan sekarang.Jentera pilihanraya akan bertungkus lumus memainkan peranan mereka bagi memenangkan parti yang dipertandingkan.

Saya ingin datangkan beberapa contoh kaedah kempen yang telah dilakukan untuk meraih minat rakyat untuk mengundi calon.saya ingin sebutkan disini seorang calon daripada pas,Dato' seri Mohd Nizar Jamaluddin telah berjaya melaksanakan beberapa skill yang telah beliau lakukan sebelum menjadi calo diatas tiket pas.Disana saya dapati bahawa beliau ada keistimewaan dan skill yang begitu menarik sehingga rakyat perak yang berbilang bangsa tertarik dengan beliau.Diantara kelebihan yang beliau ada,beliau adalah lulusan kejuruteraan(enggeneering) yang mempunyai kefahaman agama yang hebat.Boleh saya ketegorikan beliau sebagai protaz(propesional ustaz) atas kewibawaan beliau boleh memimpin dengan begitu baik walaupun ada pihak Umno/Bn yang sengaja memburuk-burukkan beliau.Selain itu juga beliau boleh menguasai berbagai bahasa untuk berkomunikasi dan ini adalah kelebihan yang Allah kurniakan kepada beliau.

Berbeza dengan calon yang lain lebih tertumpu kepada pembangunan setempat dan juga pembohongan lebih-lebih lagi terhadap orang kampung yang diperdajalkan oleh pemimpin UMno/BN oleh sebab mereka tidak mengendahkan kehendak Alquran dan as-sunnah itu sendiri.Bukan saya hendak menjatukan mereka,akan tetapi mereka sendiri seolah-olah menyatakan mereka membawa keadilan kepada rakyat padahal itu adalah permainan politik mereka yang telah diracuni oleh pemikiran yahudi yang selama ini tidak akan selesa dengan Agama islam itu sendiri.Jadi mereka cuba mengabui mata masyarakat setempat dan menjanjikan projek yang boleh menarik minat pengundi untuk mengundi mereka.Apa yang hendak saya sebutkan disini adalah kebijaksanaan rakyat telah jelas memilih kepada pembangkang lalu umno/bn cuba bermain tektik kotor bagi meraih undi untuk mendapat mandat dan kuasa.Maka dengan kuasa inilah mereka akan membalas dendam kesumat yang telah lama terpendam dilubuk hati sanubari kotor mereka.

Apa yang kita patut harapkan adalah agama islam pada masa akan datang terjamin dan mempertahankan agama islam merupakan satu jihad yang murni.Kita tidak mahu rakyat yang termakan dengan janji-janji akan menyesal dikemudian hari atas sebab tangan-tangan kotor pemimpin yang menipu,perasuah dan sebagainya.Kita mahukan keadilan yang sejahtera dan setiap lapisan masyarakat akan dapat menikmatinya.
Wallhu'alam