Sabtu, 6 Oktober 2007

Berubat dengan berbekam..


Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan kurnia dan rahmatnya kita masih diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan menikmati segala nikmat yang dikurniakan bagi meneruskan perjuangan menyambung risalah Nubuwwah. Kita selaku dai'e yang berkecimpung di dalam lapangan dakwah ini haruslah mempunyai kestabilan kesihatan dari segi mental dan fizikal bagi membolehkan kelansungan dakwah itu berjalan dengan lancar. Jika tidak sihat bagaimana kita hendak berdakwah?

Rasulullah SAW telah bersabda:

العقل سالم فى الجسم سالم...

Kesihatan merupakan salah satu aspek terpenting selain ilmu, harta dan sebagainya kerana dengan kesihatanlah kita mampu mengendalikan sesuatu pekerjaan dengan lebih sempurna. Cuba kita perhatikan keadaan orang yang sakit, mereka terpaksa menanggung kesakitan yang dialami. Keadaan ini menyebabkan sesuatu amalan akan terganggu hanya disebabkan masalah kesihatan sahaja.

Di sini saya ingin berkongsi pandangan dengan saudara sekalian tentang salah satu kaedah perubatan Islam iaitu berubat dengan cara berbekam. Tahukah anda apakah itu bekam? bekam adalah salah satu perubatan yang diperkenalkan oleh Rasulullah SAW kepada umatnya dalam mengubati pelbagai penyakit.


Sabda Rasulullah SAW:

روى الديلمى فى مسند الفردوس عن رول الله(ص)قال الحجامة تنفع من كل داء ألا فاحتجموا..

.

Seluruh pakar perubatan telah mengiktiraf kaedah perubatan kerana keberkesannya dalam merawat pelbagai penyakit dan sebagai pelengkap kajian perubatan dari masa kesemasa.

Pengertian hijamah:terdapat dua pengertian yang terkandung didalam kalimah "hijamah" yang pertama dalam bahasa arab kalimah"hajama"yang membawa maksud "menyedut" iatu menyedut atau menghisap gumpalan darah ditempat yang tertentu dianggota badan.Adapun kalimah "hajjama" yang membawa maksud"menghalang"ataupun "mencegah" iaitu menghilangkan penyakit dan mencegahnya daripada kembali semula.

Hijamah atau lebih dikenali sebagai bekam ialah salah satu pembersihan darah atau angin dengan cara mengeluarkan sisa toksik dalam badan melalui kulit secara sedutan dengan pelbagai alat seperti tanduk kerbau,gading gajah,batang buluh,gelas atau yang pling moden dengan menggunakan alat vakum moden yang bersih dan suci.

Jenis-jenis hijamah:

1)Hijamah jafah(جفة)

Iaitu kaedah sdutan angin untuk mengeluarkan angin yang berlebihan yang mengganggu sistem saraf dalam anggota badan tertentu dan yang tidak ditoreh pada tempatnya. Terdapat dua cara dalam kaedah ini:

a)Tetap : iaitu dengan meletakkan alat bekam pada tempat tertentu lalu menyebutnya tanpa digerakkan ketempat yang lain.

b)Bergerak : iaitu dengan menyapukan minyak habbatul barakah atau minyak zaitun pada tempat tertentu lalu disedut dengan alat bekam. Kemudian alat tersebut digerakkan ke seluruh anggota badan.

2)Hijamah rutbah(رطبة)

Iaitu pengeluaran darah kotor dalam badan disamping mengeluarkan angin berlebihan dengan kaedah menorah pada tempat-tempat tertentu. Terdapat dua kaedah ini

a)Perubatan : bertujuan mengubati penyakit-penyakit tertentu pada tempat-tempat tertentu pada waktu-waktu yang disarankan.

b)Pemeliharaan : bertujuan untuk menyihatkan tubuh badan, menguatkan sel-sel badan dan mengaktifkannya.

Diantara penyakit-penyakit yang boleh diubati dengan kaedah berbekam

Lemah-lemah badan, demam, batuk, selesema, resdong, lelah, mudah pitam, migraine, rheumatism, bisul, sakit-sakit sendi atau otot, anemia, buasir, cirit birit, kencing tidak lawas, lemah tenaga batin, tekanan darah tinggi, tekanan darah rendah, banyak tidur, sakit paru-paru, kurang glukosa dalam badan, virus C, untut, penyakit kulit, gemuk (berat badan berlebihan), tertalu kurus, membuka selera syahawat, otak lembab atau mudh lupa, mengaktifkan hormon pembiakan dan banyak lagi tidak disebutkan disini. Dan bagi wanita berbekam dapat mengubati masalah pening disebabkan masalah kitaran haidh, terputus haidh, perjalanan haidh tidak teratur, mengaktifkan ovum dan membesarkan payudara dan lain-lain lagi.


Tujuan berbekam

1) Menghidupkan sunnah dan menggalakkan kaedah perubatan yang disarankan oleh Rasulullah SAW.

2)Membantu doktor dalam melakukan rawatan yang melibatkan darah,sisa-sisa toksik,racun,angin dan organ-organ dalaman dengan kaedah yang disarankan.

3) Mengembangkan dan melengkapkan lagi kaedah moden agar terpelihara daripada kekotoran dan jangkitan kuman dalam mengubati penyakit-penyakit yang mudah berjangkit.

4) Melengkapkan hasil kajian para pakar perubatan diseluruh dunia seterusnya menyebarkan keberkesanannya melalui media massa.

5) Memperkenalkan kaedah hijamah yang merupakan salah satu kaedah perubatan Islam yang penting dan memberikan sumbangan yang besar kepada dunia.


Faedah berbekam

1) Melancarkan darah dan menguatkan sistem saraf dalam badan.

2) Mengaktifkan peranan sel darah putih

3) Memberi keselesaan dan kesegaran badan.

4) Membasmi kuman dan bacteria daripada merebak dan berjangkit semula.

5) Mengaktifkan saluran pernafasan,pergerakan,percakapan,pendengaran dan sel otak.

6) Menambah kekuatan otot

7) Mengaimbangi daya tahan badan.

8) Membuang darah kotor dan bertoksik yang menyebabkan penyakit.

9) Mengeluarkan angin yang mengganggu sistem badan dan sebagainya

Jumaat, 5 Oktober 2007

Mari kita memuhasabah diri...

Kadang-kadang kita terlupa apakah kita dijadikan oleh Allah kedunia ini adalah untuk berseronok semata-mata,kita seringkali terlupa akan tanggungjawab selaku yang memegang amanah dari Allah Ta'ala.Semakin hari kita dirundung dengan pelbagai masalah yang timbul apakah kita kenangkan kembali tentang kesilapan yang telah kita lakukan,apakah disana dilakukan dengan sengaja ataupun tidak.Jadi sebagai satu cara ataupun boleh disebut sebagai satu kaedah agar kita lebih matang dalam mengendalikan kehidupan kita.

Sebenarnya pada hari ini,kita berada pada zaman yang mengelirukan,kadangkala kita hanyut mengikut gelombang arus yang menyeleweng hingga tersesat jauh daripada landasan yang sebenar.Bermuhasabah diri untuk memperbaiki diri daripada terus tersesat.Mengajak diri kembali kepada landasan yang benar sebagaimana yang digaris oleh Al-Quran dan apa yang ditunjukkan oleh junjungan besar kita Rasulullah SAW dan para sahabatnya.

Namun demikian apakah gunanya bermuhasabah tetapi masih mengekalkan pada takat yang lama.Perlu ada didalam diri kita sifat istiqomah disamping mempertingkatkan keimanan,ketaqwaan kepada Allah Azzawajalla.Disamping membawa panji Islam diseantero dunia perlunya ada muhasabah agar senantiasa berhati-hati dan berjaga-jaga terhadap serangan yang dilontarkan oleh puak kuffar laknatullah samada seangan secara terang-terangan ataupun secara sembunyi.

Bebarapa kaedah melakukan muhasabah diri sepertimana yang telah disebutkan tadi,akan tetapi terdapat juga cara ataupun kaedah yang telah digariskan oleh ulamak yang terkemuka,diantaranya Sultanul Auliya' atau lebih dikenali sebagai Syeikh Abdul Kadir Jailani yang mana kita sering dikhabarkan tentang karamah yang Allah telah kurniakan kepada beliau,dan beliau pernah berkata:Apabila kamu bertemu dengan seseorang,maka lihatlah kelebihan yang ada padanya,dan seraya engkau katakan kepada dirimu sendiri:mudah-mudahan jadilah dia disisi Allah lebih baik daripada aku dan semoga Allah mengangkat darjatnya.

Sekiranya dia adalah orang yang lebih muda daripada engkau katakanlah:Dia belum lagi menderhaka kepada Allah sedangkan aku sudah banyak menderhaka kepada Allah.Maka tidak ragu lagi dia lebih baik daripada aku.

Sekiranya dia adalah seorang yang lebih tua daripada engkau,maka kaakanlah:Dia adalah orang yang terlebih dahulu menyembah dan berbakti kepada Allah daripada aku.Sekiranya dia adalah orang alim,maka katakanlah:Dia telah diberikan oleh Allah apa yang aku tidak dapat dan dia mengetahui apa yang aku tidak tau.

Sekiranya dia adalah seorang yang jahil,maka katakanlah:Dia adalah orang yang menderhaka kepada Allah diatas kejahilannya,sedangkan aku mendehaka kepada Allah dalam keadaan aku mengetahui dan aku tidak mengetahui bagaimanakah kesudahanku dan kesudahannya.

Sekiranya dia seorang kafir,maka katakanlah:Aku tidak tahu mungkin akhirnya dia akan memeluk Islam dan mati dalam keadaan husnul khatimah dan mungkin aku menjadi kafir dan mati dalam keadaan suul khatimah.Na'uzubillah.

Allah maha pengasih lagi maha penyayang terhadap hambanya dan Dia amat mengetahui keadaan hambanya kerana Dialah yang mencipta dan menjadikan kita,Dialah yang menghidupkan dan mematikan,Dialah juga pemberi rezeki dan member peluang bagi mereka yang melakukan kesalahan untuk kembali memperbaiki diri kejalan kebenaran.

Allah SWT telah berfirman:

قُلْ أَؤُنَبِّئُكُمْ بِخَيْرٍ مِنْ ذَلِكُمْ لِلَّذِينَ اتَّقَوْا عِنْدَ رَبِّهِمْ جَنَّاتٌ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَأَزْوَاجٌ مُطَهَّرَةٌ وَرِضْوَانٌ مِنْ اللَّهِ وَاللَّهُ بَصِيرٌ بِالْعِبَادِ

الَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا إِنَّنَا آمَنَّا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ .

"Katakanlah:Ingin aku khabarkan kepadamu apa yang lebih baik dari yang demikian itu?Untuk orang-orang yang bertaqwa(kepada Allah)pada sisi Tuhan mereka ada syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai mereka kekal didalamnya dan mereka dikurniakan isteri-isteri yang disucikan serta keredhaan Allah.Dan Allah maha melihat akan hamba-hamba-Nya:iaitu orang-orang yang berdoa:Wahai,Tuhan kami,sesungguhnya kami telah beriman maka ampunilah segala dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari seksaan api neraka"

Ali-'Imran:15-16

Alangkah beruntungnya insan yang sentiasa menyucikan diri dan istiqamah dalam mengerjakan amalan kebajikan.Sentiasa bermuhasabah diri dan sentiasa berusaha untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan melakukan amal 'ibadah yang telah difardhukan dan tidak meninggalkan amalan-amalan sunat.

Bermuhasabah diri mengajar kita menerima hakikat bahawa kita adalah manusaia biasa yang tidak pernah sunyi daripada melakukan dosa.Mengajar kita erti kebaikan dan mendidik kita menerima hakikat bahawa kita bukanlah manusia yang sempurna.Kita adalah manusia biasa yang banyak melakukan kekesalahan dan menjadi kewajipan keatas kita untuk memohon ampun dan memperbaiki diri kearah yang lebih baik dengan bertaubat kepada Allah.

Justeru itu,muhabah diri akan membentuk imej diri kita menjadi seorang yang proaktif menuju kearah hidup yang lebih positif.Didamping itu menjadikan diri kita lebih berani untuk menghadpi hari-hari mendatang dengan semangat dan kecekalan yang tinggi.Waallahu'alam