Assalamualaikum warahmatullah.
Terlebih dahulu dipanjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi yang memberikan nikmat iman dan islam kepada kita selaku umat akhir zaman,Selawat dan salam keatas junjungan besar dan juga Guru segala guru iaitu Nabi Muhammad S.A.W,ahli keluarga serta para sahabat baginda seluruhya.
Kelmarin saya ada membaca sebuah akhbar yang pro-kerajaan yang mana menyatakan bahawa dato seri Mohd Nizar telah melakukan kekacauan didalam majlis yang dianjurkan umno.Disebut lagi mengatakan bahawa Ds Nizar cuba berpolitik didalam masjid yang pada ketika itu terdapat naib peresiden UMNO,Tan Sri Muhiyyidin Yassin serta Dr Zamry yang berlagak sebagai menteri besar Perak juga beberapa pembesar-pembesar UMNO yang lain.Kejadian berlaku pertengahan magrib dan isyak.Mari kita sama-sama membaca kenyataan Ds Nizar terhadap apa yang berlaku:
Hari penamaan calun PRK P059 Bkt Gantang bejalan lancar dengan sedikit huru hara sewaktu saya dan isteri bersama-sama pimpinan PAS lain memasuki pintu pagar dewan perbanadaran Taiping jam 8.45pagi.
Namun sewaktu pergi menunaikan solat maghrib di Masjid Simpang, saya diminta oleh imam Tuan Hj Hisham untuk mengimamkan solat tersebut dan saya bersetuju. Sewaktu masuk kemasjid saya diberitahu Tan Sri Muhyidin Yasin, Timb Presiden UMNO, dato Zambry Kader , calun Ismail Saffian dan ramai lagi pimpinan UMNO pusat dan negeri juga ada bersama. Pimpinan UMNO berada disaf pertama.
Pada rakaat pertama saya telah membaca ayat "wa'tasimu bihablillahi jamiian, walaa tafarraqu.... " dan rakaat kedua surah Al-kaafirun.
Selepas solat saya membaca doa termasuk doa Qunut Nazilah yang turut diaminkan oleh semua ma'mum termasuk pimpinan tinggi UMNO.
UMNO menganjurkan solat hajat dipimpin oleh seorang imam impot, Hj Jama'iy namanya. Habis solat, imam Hj Hashim bangun dan berucap dihadapan dgn menyebut nama pimpinan UMNO Tan Sri Muhyiddin dan Dato' Zambry. Nama saya juga disebut dan diraikan.
Imam telah mengundang saya menyampaikan tazkirah dengan memberi Tafsir ayat Quran yang saya baca pada rakaat pertama solat maghrib sebentar tadi.
Namun beberapa pimpinan UMNO setempat telah protes termasuk penasihat masjid (pakai songkok tinggi) yang menghalang dan mengarah supaya terus adakan majlis baca yaasin, berlaku sedikit komosi (commotion). Saya mengelak bagi memelihara suasana.
Habis baca yaasin saya pergi bersalam dengan Dato Zambry dan dia nampak berang dan menyatakan kepada saya , kenapa menggunakan masjid berpolitik dan tak sepatut saya jadi imam tadi. katanya lagi dengan nada kuat dan marah, "jika mahu jadi imam saya bolih jadi imam, jika nak tafsir saya bolih tafsir". Saya tersenyum dan relaks sahaja dan terus meninggalkan majlis untuk acara lain . Hujan sungguh lebat ketika itu. Semua makmum melihat dan menyaksikan adegan kelakar dan "ajaib" tersebut dan ramai makmum mengiringi saya sewaktu meninggalkan masjid. Sekadar makluman! Doakan PR menang besar di P059 Bkt Gantang.
Apa yang kita lihat kejadian yang berlaku ini adalah perancngan dari Allah dan atas kehendakNya juga hidayah diberikan.Kita berharap agar mereka yang masih berpendirian menganut UMNO/BN supaya kembali kepada cara apa yang telah diajar oleh nabi kita merupakan contoh yang patut diikuti.Tidak sedikitpun rugi kita mencontohi akhlak Rasul dan mengamalkan ajarannya lebih-lebih lagi dalam proses dakwah yang memerlukan kekuatan mental dan fizikal yang ampuh untuk melawan bagi mereka yang cuba hendak bermusuh dengan Islam.
Diharap kepada pembaca sekalian agar berfikiran lebih matang dan terbuka dalam mengadili sesuatu perkara tanpa mengikut hawa nafsu syaitan yang meraja dihati.Eloklah kita membuat perubahan kepada yang lebih baik demi Islam yang kita junjung selama ini.Takbir!!
wassalam