Khamis, 25 Jun 2009

PENDIDIKAN SEKS ANAK-ANAK MENGIKUT KACAMATA ISLAM

Maksud sebenar pendidikan seks disini iaitu mengajar anak-anak bagaimana untuk menjaga dan mengawal setelah mereka meningkat seawal mumaiyyiz yang mana berkaitan dengan kejantinaan iaitu perhubungan lelaki dengan perempuan,perasaan yang lahir di kedua-dua sampai kealam perkahwinan.Dengan pemahaman yang diberi itu sehingga anak-anak meningkat dewasa dan mereka memahami tentang kehidupan dan melakukan apa yang dihalalkan oleh syariat.Selain itu mengajar mereka perkara-perkara yang tidak dibenarkan didalam islam.

Mari kita melihat konsep pendidikan seksual yang mana ia patut diambil perhatian khususnya dikalangan ibubapa dan guru.Kita lihat beberapa peringkat yang perlu dilalui:

A) Umur (7-10) tahun yang dinamakan umur mumayyiz yang mengajar anak-anak bagaimana beradab terhadap ibu bapa,guru dan orang yang lebih tua diantaranya adab meminta izin dan menjaga pandangan.
B) Umur (10-14) tahun anak dah semakin membesar maka ibu bapa perlu mengasingkan tempat tidur mereka lelaki dan perempuan.
C) Umur (14-16) tahun yang dinamakan umur baligh serta mempunya perasaan kepada berlawanan jenis dan perlu bagi anak-anak memberitahu kepada ibu bapa sekiranya berkeinginan untuk berkahwin.
D) Umur melepasi baligh yang mana perlu menjaga maruah dan kehormatan sekiranya mereka masih belum mampu untuk berkahwin.
E) Yang terakhir sekali adakah boleh kita menjelaskan kepada anak-anak tentang seks seawal mereka mumaiyyiz?


Nah sekarang tanggungjawab adalah terletak dipundak anda bagaimana hendak mendidik mengikut peringkat-peringkat tadi bagaimana untuk kita memberikan penerangan kepada anak-anak kita.Memang tidak dapat dinafikan bahawa agama islam tidak sesekali mengabaikan beberapa sudut khususnya berkaitan dengan dengan pendidikan kerana ia merupakan perkara yang sangat penting selaras dengan apa yang di perintahkan Allah kepada kita.

PERTAMA:
Meminta keizinan
Didalam Alquran Allah ada menyebut berkenaan adab meminta izin yang sewajarnya ibubapa mendidik anak-anak mereka seawal mumaiyyiz sebagai pendidikan awal bagi mereka.Allah berfirman didalam surah An-Nuur

Maksudnya:
58. Hai orang-orang yang beriman, hendaklah budak-budak (lelaki dan wanita) yang kamu miliki, dan orang-orang yang belum balig di antara kamu, meminta izin kepada kamu tiga kali (dalam satu hari) yaitu: sebelum sembahyang subuh, ketika kamu menanggalkan Pakaian (luar)mu di tengah hari dan sesudah sembahyang Isya'. (Itulah) tiga 'aurat bagi kamu[1047]. tidak ada dosa atasmu dan tidak (pula) atas mereka selain dari (tiga waktu) itu[1048]. mereka melayani kamu, sebahagian kamu (ada keperluan) kepada sebahagian (yang lain). Demikianlah Allah menjelaskan ayat-ayat bagi kamu. dan Allah Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana.
59. Dan apabila anak-anakmu Telah sampai umur balig, Maka hendaklah mereka meminta izin, seperti orang-orang yang sebelum mereka meminta izin[1049]. Demikianlah Allah menjelaskan ayat-ayat-Nya. dan Allah Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Dalam ayat ini Allah memberikan panduan kepada ibu bapa sebagai pendidik bagi anak-anak seawal sebelum akil baliq.Bagaimana disebut adab ana-anak meminta izin kepada ibu bapa berkaitan dengan muamalat di rumah.

Dalam konteks meminta izin telah dibahagikan kepada tiga keadaan

A) Hal pertama:waktu sebelum solat subuh pada ketika itu ibu bapa masih berada dalam keadaan tidur diatas katil.
B) Hal kedua:waktu selepas solat kerana waktu itu mereka akan menukar pakaian ketika didalam bilik.
C) Hal ketiga:waktu selepas solat isyak kerana waktu itu adalah untuk tidur dan beristirehat.



Ibubapa perlulah mengajar anak-anak mereka meminta izin sekiranya ingin masuk kedalam kamar seumpama dengannya oleh kerana itu mereka tidak terperanjat apabila kehadiran salah seorang ahli keluarga apabila mereka berada didalam keadaan yang “mencurigakan” .Dengan peringatan ini maka ibu bapa pasti dapat membendung anak-anak mereka sehingga mereka akil baligh.Apakah akan terjadi sekiranya anak masuk kedalam bilik ibubapanya dalam masa yang sama mereka berdua sedang bejimak lalu anak tadi menceritakan kepada kawan-kawan sebayanya.Hal sedemikian akan menyebabkan rosaknya akhlak anak-anak disebebkan ibubapa yang tidak mengambil berat tentang perkara ini.

Islam sangat menekankan pendidikan awal bagi anak-anak agar mereka akan mempelajari apa itu malu yang merupakan sifat yang terpuji mengikut kehendak islam lebih-lebih lagi masyarakt sekarang rata-rata sudah tidak ada perasaan malu untuk mendedahkan aurat dengan ini akan menyebabkan terhakisnya sedikit demi sedikit perasaan malu yang boleh menjerumuskan kelembah maksiat.

Justeru itu selaku ibubapa perlulah menjadikan ajaran islam ini sebagai panduan utama untuk mendidik anak-anak agar generasi yang lahir menjadi generasi yang bercorak alquran.

Rabu, 24 Jun 2009

Kebaikan mu’jizat yang ada dalam bulan REJAB.

Alhamdulilah bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan nikmat yang dikurniakan dapat kita sama meneruskan perjuangan membangun bersama islam.Kedatangan bulan rejab sebagai anugerah yang sangat berharga buat kita selaku pendokong agama Allah dengan megharapkan keberkatan yang melimpah bersama amalan yang kita lakukan.

Pada 24 Jun 2009 (Rabu) kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let's overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu. Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:"

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari iaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa 8 hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Israk Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril a.s. "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?" Maka berkata Jibril a.s. "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini."

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."

Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"

Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat kerana ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."

p/s: Rebutlah 5 perkara sebelum dtg 5 perkara

1.. Waktu Muda sblm Tua
2. Waktu Sihat sblm Sakit
3. Waktu Lapang sblm Sibuk
4. Waktu Kaya sblm Miskin
5. Waktu Hidup sblm Mati

InsyaAllah.. mudah-mudahan Allah SWT memberkati segala amalan baik kita.